MARRIED SEHUN


Minah Kpop
Selasa, 29 April 2014 . 0 word(s) .
                   BAB1

Hoi ! sini lah ! Aku punya ! Danish !!!” Nama aku Alya Khaula .Nama aku memang macam orang Arab tapi aku peminat KPOP ! Sebut je pasal KPOP mesti aku yang numbor satu.Umur aku 17 tahun .Okay aku nak sambung mengejar hater si Haikal Danish.

Tak guna punya mamat ! sampai hati dia koyakkan poster EXO aku ! Nampaknya aku kene printlah lagi sekali. Air mata dah mula bergenang. Poster kesayangan aku !
    “Hoi Syaiton ! kau kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke ? aku bunuh kau nanti ! aku benci kau !!!!” Muka aku menjadi merah .
    “Hyaaaa ! jangnan aniyaaa !”
Danish bangun dari kerusi dan mendekati aku. “Hoi minah Kpop, aku tak faham ape kau cakap !  tapi, padan muka kau ! sape suruh bawak lelaki lesbian kat kelas aku ni ! kelas 5 anggerik ! kan dah kene !”
Aku tak faham apa masalah Danish sejak aku tingkatan 1 lagi. Suka menyasat aku ! ppfftt ! Nasib baik muka ada serupa Kris EXO . Kalau tak dah lama aku koyakkan muka Danish ni !Kris pun Kris lah aku tetap benci dia !
    “Assalamualaikum. umi ! Alya dah balik !” Puan Raudhah .Itulah mama yang bertakhta di hati.
   “Waalaikumsalam .Alya tak baik berteriak macam tu suara perempuan ni aurat dah berapa kali umi pesan kan?”
    Aku mendengus. “Yelah yelah!  Alya minta maaf. Hmm umi masak ape ? macam sedap je bau ni ! hehe Alya lapar lah umi”. Aku berlari ke bilik ,membersihkan diri dan bersedia mengisi perut yang kosong.
    “Umi masak lauk kegemaran Alya lah asam pedas ayam!” Tak menyesal aku dapat umi macam ni. 
     “Alya belajar macam mana ? walid dah lama tak tengok Alya ulang kaji pelajaran , asik duduk dalam bilik  24 jam , dinding bilik Alya tu walid dengan umi cat untuk keharmonian , bukan untuk tampal poster KPOP”
Bang ! satu tembakan kene kat muka . Wahai Alya malulah sikit walid dah cakap tu .Berdiam diri sudahlah.
      “Alya jawab walid tanya sekolah macam mana?”
Tersedak aku minum air . “Hehe sekolah macam tu lah walid.Walid , seKPOP mana pun Alya ni, Alya UPSR 5A tau! PMR 8A. So walid jangan risau ye,”
 Aku bangun dengan senyuman dan mencuci tangan . “Okaylah walid , umi Alya nak solat isyak dulu ! hehe goodnight ! saranghae! Eh ! I love you.” Aku berlari ke bilik. Fuhh. Ape lah aku ni !
Aku menghadap computer riba pemberian walid semasa aku darjah 6. Teringat ‘secret admire’ aku .
     “Awak, ni coklat Cadbury saya beli . Makan ye.” Aduhai masalah seorang lelaki ni ! Rasydan oh Rasydan, dari darjah 4 tergila-gilakan aku ! aku tak cantik pon, tak berapa tinggi , aduhai.
      “Terima kasih ye Rasy , sudi belikan saya coklat kegemaran saya”. Aku cuba tersenyum semanis-manisnya.
‘nan nappeungizibe nanan nappeun gizibe’ lagu Cl The Baddest Female bergemang di seluruh ruang mematikan lamunanku tentang ‘secret admire’.

                                                 IRA

“Annyeonghaseyo , ade ape ?” Dah terbiasa bagi seorang Kpoper bila menjawab telefon . “Waalaikumsalam . Salah ke aku call kau ! Fine , bye” Eh merajuk pulak minah ni.
 “Assalamualaikum . Pelik lah .Kenape ? kau ade masalah ke nak cerita kat aku ? tiba-tiba telefon .This is weird.” Pelik. Biasanya dia tak penah telefon aku waktu nak macam ni. Selalunya dia bergayut dengan teman lelakinya Adam.
“Liya aku ada beli majalah KPOP .”
      Ceh ! sejak bila dia pandai membeli majalah K-POP ni ? “E-pop ke ? bila kau keluar ? poster ape ? cover ape ? lirik ape ?”
hah ! soalan aku bertubi-tubi. Pandai-pandai lah kau jawab ! “Ehem ! kau fikir aku computer ke ? cover EXO , lirik overdose , poster EXO dengan A-PINK. Esok aku kasi kau lah tapi sediakan 5 ringgit kalau nak ! Hehe !” Biar betul minah ni ? “yelah yelah”

kyaaaa ! comelnya Sehun aku ! thanks Ira belikan. Lagipun bulan ni umi aku tak benarkan aku keluar ke bendar.” Ira baik orangnya. Persahabatan aku dengan dia lebih kurang 9 tahun. Aku kenal dia siapa.
  “Hehe. Sama-sama.” Alya menjeling. Macam tak ikhlas saja. “Oi kau tak ikhlas ke ? tajam jelingan kau ?”
Belum sempat Ira menjawab soalan aku, Danish mula membuat kacau.

     “Hoi ade mamat lesbian kat sini ! Amboi, semalam baru aku koyakkan poster kau , kau dah beli baru ye ? meh sini aku koyakkan lagi” Muka aku sudah mula panas. Darah sudah pun sampai ke otak. Hai Danish kalau tak ganggu aku sehari tak boleh ke !
     “Janganlah ! aku tak kacau kau pun hari ni ! Danish ! kau kenapa !” Ya tuhan ! apa bala kau beri pada aku hari ini. Baru nak hidup bahagia. Terpaksa aku kejar si Danish.
    “Apa masalah kamu berdua ni ? lagi awal tahun saya tengok kamu berdua ni berkejar saja ! nak saya kahwinkan ke ? kalau nak bercinta bukan di sekolah ! belari-lari pula ! kamu ingat ni sekolah makbapak kamu ? ni apa ni ? Alya , siapa benarkan kamu bawa bende ni ke sekolah? Sekali lagi saya nampak kamu bawa saya panggil ibubapa kamu faham! Dan kamu Danish. Kalau tak ganggu Alya seharian tak boleh? Dah tergila-gilakan dia sangat ke ? saya nak jumpa ibu bapa kamu berdua sekarang ! saya bagi kebenaran telefon mereka sekarang !”
One shot! Only one shot ! teringat aku akan lagu BAP. Aduhai ini semua angkara Danish! Mesti umi membebel. “Tapi cikgu, bapa saya tiada, dia kerja.” Mudahan alasan ini diterima.
   “Kerja? Itu bukan alasan Alya. Ibu awak puan Raudhah kan ada? Awak nak saya telefon dia ataupun awak yang telefon dia? Awak jangan main-main dengan saya. Danish?” Habislah aku , masaklah aku hari ni. Aku memandang Danish dengan pandangan benci. Ya! Aku sangat benci Danish. Perosak keadaan.
         “Err sekejap lagi ibu mama saya datang.”

    Selesai perjumpaan ibubapa, aku dan Danish di suruh pulang. Digantung sekolah 3 hari akibat kelakuan teruk. Tetapi umi kenal dengan mama Danish Puan Zakiah. Ish! Bahaya ni umi kenal keluarga hater tu!
       Kebosanan melanda, lagu G-Dragonku pasang. Sikat menjadi mikrofon aku. Seperti biasa katil adalah pentas bagiku. Baru 10 minit jadi artis, umi mengetuk pintu bilik. Habislah aku.
“Alya! Tak malukah kene gantung sekolah 3 hari? Kalau umi jadi Alya, umi menangis. Ni, lagi 3 minggu nak SPM! Umi nak Alya beri semua lactop, tab, telefon, majalah dan sebagainya pada umi. Umi nak alya straight A SPM nanti. Alya kata nak ke korea, so belajar rajin-rajin! Kalau Alya tak dapat straight A, umi takkan beri Alya semua ni faham! Jangan harap dapat jejak kaki ke korea!”
Air liurku telan sebagai pengubat keperitan bebelan umi. Ni belum bebelan walid lagi. Semua yang umi minta sebentar tadi telah aku berikan. Sekarang aku kosong, menghadap buku matematik. Sakit mata menghadap buku. Hai Alya tengok buku sikit dah sakit mata, bila tengok muka Sehun mata segar.
    Aku sudahi dengan ‘sadaqallahulazim’. Lampuku tutup, menyelimutkan diri. Berharap dapat mimpi indah dengan Sehun. Perlahan-lahan mataku tertutup.

3 hari berlalu. Sekarang, SPM hanya tinggal 2 minggu. “Alya, aku tengok kau rajin ulangkaji pelajaran sekarang. Selalunya kau busy dengan Sehun?”
Pertanyaan Ira membuatkan aku berhenti menulis. “Aku nak pergi korea lah. Kau ni macam tak tahu hajat aku  belajar bersungguh-sunggu! Apelah” Tidakku sangka Danish pasang telinga mendengar perbualan kami.
    “Ooo! Nak pergi korea? Muka kau nak jadi minah korea? Please lah. Boleh kene serangan jantung aku!” Aku menahan geram. Darah mula naik. Danish dah-dahlah tu. Ada juga kene belasah dengan aku. Ira menenangkan aku.
   “Hoi Danish ? apa masalah kau sebenarnya? Just tell me. Kalau tak suka KPOP diam-diam jelah!” Wow! Suara aku mengalahkan halilintar. Mana tidaknya. Danish setiap hari cari masalah.
     “Pergh! Minah korea dah marah! Yelah yelah. Aku blah dulu.” Aku menjerit baru blah mamat ni.
    “Alya umi tengok muram je hari ni. Kenapa? Cerita lah kat umi.” Aku memandang muka suci umi.
   “Danish tu umi. Suka sangat kacau Alya! Dia kutuk KPOP! Alya okay. Tapi masalahnya setiap hari! Muak dah Alya!” Aku menjelaskan masalahku pada umi. Mengharap umi memahami masalah aku.
    “Alah. Alya jangan ambik berat pasal benda ni, biarlah dia, apa hokum kita mengutuk?” Hah ! ustazah Raudhah dah memulakan ceramah. “berdosa”
    “Jadi sayang, biarkan dia okay? Dengar cakap umi ni, Alya focus saja pada SPM okay ? lagi 2 minggu kan?”

Aku menggosok-gosok tangan kerana sebentar lagi SPM bermula. Dari jauh kelihatan Danish menuju kearah ku. “Alya, aku nak minta maaf pasal kutuk KPOP kau tu, sorry okay? Maafkan aku lah. Kita kan nak menghadap SPM. Inilah penentuan hidup aku sama ada ke U atau pun jambatan”.
Terdengar perkataan ‘jambatan’ aku tersenyum. “Aku tak kesah lah Danish. Umi aku cakap tak payah layan kau”. Air muka Danish berubah terdengar jawapanku. “Yelah aku bukan baik pun” memang kau tak baik pun! Nak sahaja aku cakap begitu di depan dia.
    “Ape-ape jelah Danish aku maafkan kau semasa ambil SPM ni je! Lepas habis SPM! Aku akan benci kau balik!” Aku terus pergi meninggalkan Danish. Sakit hati mengingatkan kata-dia.
   “Kau tu masuk neraka dengan Kpop kau tu! Kau banggakan sangat orang kafir kan? Aku tak nak tolong kau nanti! Dia tak boleh bagi jawapan kat kubur nanti!”
            NUR  ALYA KHAULA BIN MUHD HAFIZ.
Namaku di panggil masuk ke dewan. Ya tuhan! Duduk bersebelahan Danish pula tu! Malas hendak mencari gaduh, aku terus menjawab soalan. 


Thanks for reading




Older Post . Newer Post